Assalamualaikum, Kak Lily... harap tak keberatan membenarkan saya untuk maklumkan pada Kak Lily serta para peminat beading di sini bahawa mentor kita, Rosita Jaafar, telah menubuhkan sebuah Beaders Fan Club supaya kita dapat mengumpulkan para peminat beading di seluruh Malaysia. Seperti yang kita semua ketahui, Pn Rosita telah menulis beberapa buah buku mengenai beading serta embroidery dan dengan ini, para peminat bukan sahaja dapat dimaklumkan mengenai buku-buku terbaru malah juga bengkel-bengkel yang akan diadakan oleh ramai beaders yang bergerak sendiri. Dengan kata lain, kita semua dapat berkongsi maklumat serta dapat mengetahui aktiviti-aktiviti terbaru beaders di negara kita. Banyak lagi perancangan Pn Rosita nanti yang akan dapat memberi manfaat kepada para penggemar beading.